klik "follow" je..jgn bnyk tnye..!haha (+_+)"

Sunday, November 14, 2010

jemaah haji..semoga dirahmati dan diberkati oleh-Nya..amin~


MEKAH: Kira-kira 2.5 juta jemaah haji yang datang dari
seluruh pelusuk dunia termasuk 26,000 dari Malaysia wukuf di Arafah hari ini - kemuncak dalam ibadah haji, dalam suasana cukup harmoni dan syahdu. Cuaca kering, tetapi dikira tidak terlalu panas dengan suhu mencecah 34
hingga 35 darjah celsius melegakan umat Islam yang berada di tanah suci Mekah
untuk sedia berhimpun di padang Arafah.
Jemaah mula berangkat ke Arafah dengan bas kira-kira 21.9 km dari Mekah
sejak 11 pagi semalam waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) mengikut
jadual yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi di bawah kawalan ketat.
Ada laporan agensi berita menyebut angka jemaah pada musim 1431 Hijrah ini
mencecah tiga juta orang. Jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor) dan
berangkat ke Mudzalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil
bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Jemaah haji Malaysia yang diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak
Muasassah berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Keselamatan, kesihatan dan
kebajikan mereka jelas terjaga.
Malam tadi mereka banyak menghabiskan masa dengan membaca al-quran,
berzikir, solat sunat, solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT.
Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi buat pertama kali memperkenalkan Global
Broadcast System (GBS) mengandungi pelbagai maklumat dan risikan mengenai
isu-isu keselamatan dan cuaca pada musim haji ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut
berada Arafah meninjau dan melihat keadaan jemaah Malaysia di khemah-khemah.

No comments: